Sehubungan dengan itu, misi kembara seni ke Eropah ini dicetuskan bersempena 40 tahun penubuhan Artisukma. Selain dapat memperluas dan memperkukuh hubungan antarabangsa Artisukma sebagai duta kecil kebudayaan Malaysia, program ini juga secara tidak langsungnya mampu membawa nama Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai institusi pengajian pertama yang membawa kebudayaan Malaysia menjelajah benua Eropah.
OBJEKTIF
- Memperkenal dan mempromosi kebudayaan dan kesenian Malaysia di negara-negara Eropah.
- Membuat kajian tentang penerimaan masyarakat Eropah terhadap kebudayaan masyarakat Malaysia hasil daripada persembahan yang akan dipertontonkan.
- Menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan inovasi dalam diri peserta melalui program pemasaran.
- Bertindak sebagai Duta Kecil Malaysia di benua Eropah.
- Membuka satu ruang dan peluang untuk pertukaran budaya di antara peserta dan masyarakat di Negara-negara Eropah yang dikunjungi.
- Mewujudkan satu jalinan kebudayaan antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan institusi-institusi pengajian tinggi di benua Eropah.
PROGRAM
Program ini adalah berbentuk pertunjukan kebudayaan di mana para peserta yang terdiri daripada penari kebudayaan universiti akan mempersembahkan tarian tradisional Malaysia secara terbuka di kedutaan dan institusi pengajian tinggi di sana. Melalui persembahan tersebut, para peserta akan menjalankan kajian dengan mengutip pandangan dan respons dari penonton yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, pegawai universiti, diplomat, duta dan masyarakat setempat yang hadir terhadap kebudayaan di Malaysia dan penerimaan mereka terhadap kebudayaan ini.
MATLAMAT
- Memperkenalkan budaya dan kesenian Malaysia di benua Eropah khususnya Jerman, Perancis dan England di samping membawa nama Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Duta Seni budaya di negara benua Eropah. Selain itu dapat menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan inovasi dalam diri mahasiswa ketika merangka kos perbelanjaan program dan melakukan pemasaran bagi memperoleh penajaan dengan menganjurkan pertunjukan berbayar.
- Menjalankan kajian tentang penerimaan masyarakat Eropah terhadap kebudayaan masyarakat Malaysia hasil daripada persembahan yang akan dipertontonkan.
- Mengantarabangsakan Universiti Kebangsaan Malaysia selafi dengan fasal keempat pelan strategik 2020 UKM.
ANJURAN
Kelab Pengantarabangsaan Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia.
TARIKH
16 hingga 26 April 2012
TEMPAT
- Kedutaan Malaysia Jerman Klingelhofer Strasse 6, D-10785, Berlin, Jerman
- The Frankfurt University of Performing Arts Escher Landstrasse 29-39, Frankfurt am Main, 60322, Jerman
- Kedutaan Malaysia Perancis 2 bis rue Benouville, 75116, Paris, Perancis
- Kedutaan Malaysia London 5-46 Belgrave Square London
View KEMBARA SENI: Europe 2012 in a larger map
PESERTA
Seramai 11 orang pelajar yang terdiri daripada urusetia dan kumpulan penari kebudayaan bersama 2 orang pegawai Pusat Kebudayaan akan turut serta di dalam program Kembara Seni ini.
Diharapkan program ini mendapat kerjasama dan tajaan yang secukupnya agar mampu mendatangkan faedah dan manfaat kepada semua peserta yang terlibat di samping meletakkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat global.
0 comments:
Post a Comment