Friday, October 17, 2008

AYCF: Ho Chi Minh 2008

6th ASEAN Youth Cultural Forum

Date:
28th July - 2nd August 2008

Venue:
Vietnam National University - Ho Chi Minh

Organizer:
ASEAN Universities Network

Member:
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Lecturer

Amar Baharudin
Cultural Officer

Anwar bin Mohd Zulkifli
Mohd Shukri bin Ismail
Sofian Hamidy bin Hasyim
Nur Izzati binti Abu Hanipah
Aimi Syahirah Binti Shokarny


ASEAN University Network berpusat di Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand telah memilih Vietnam National University – Ho Chi Minh menjadi tuan rumah bagi 6th ASEAN Youth Cultural Forum yang akan diadakan pada 28 Julai – 2 Ogos 2008.

Matlamat utama 6th ASEAN Youth Cultural Forum adalah untuk memberi pengalaman dan pengetahuan yang mendalam kepada peserta mengenai kebudayaan negara-negara anggota ASEAN dan memberi harapan kepada belia-belia bekerjasama kea rah intergrasi ASEAN.



Sepanjang persidangan ini, banyak program yang telah diaturkan bagi mengisi enam (6) hari berada di sana. Para perwakilan dari Univerversiti Kebangsaan Malaysia terdiri daripada lima (5) pelajar, seorang pensyarah dan seorang pegawai pengiring telah dipilih. Diharapkan melalui penyertaan UKM, khususnya pelajar UKM akan memberi sumbangan dan faedah kepada seluruh warga university dan seterusnya negara.

Program ini adalah berbentuk forum dan pertunjukan kebudayaan di peringkat antarabangsa yang mana pelajar-pelajar daripada negara-negara ahli yang terdiri daripada negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Brunei, Cambodia, Vietnam, Myanmar, Laos dan Indonesia.

Forum kali ini adalah bertujuan untuk membincarakan mengenai penglibatan kaum belia dalam bidang kebudayaan dan membentuk satu pandangan baru dan memperkuatkan agenda AUN itu sendiri.

6th ASEAN Youth Cultural Forum memberi penekanan di kalangan beberapa aspek penting untuk dikongsi bersama di kalangan peserta iaitu:-








  • Syarahan
  • Bengkel lagu-lagu dan tarian-tarian rakyat
  • Pertunjukan kebudayaan
  • Lawatan Pendidikan

    MATLAMAT Forum ini dapat menyediakan peluang yang menarik untuk belia-belia kita, terutama yang terlibat dengan kesenian dan kebudayaan, sebagai satu jalan di mana pengetahuan dan pengalaman-pengalaman diperolehi daripada penglibatan ini akan melengkapkan dan berguna untuk pembelajaran dan minat mereka.
  •  
    Authorized by Sanitoria Web Services